jam

jom chat

Belog frens

|n|O|t|E|s|

A|L|a|m M|a|y|a

A|L|a|m M|a|y|a

~ TenTAnG akU ~

nama diberi nur mastura bt mohd ghazali
umor 21 bwu muda lagi okey...aq anak ke7 drpd 14 kiranya anak tengahla kan heheh....

aq simple jer..bolehh larr org kata, open n trima apa2 jer teguran jika korang mau tegur la hahah kalu xnk pun aq x kisah..aq ni bwu jer umo 21..still blajar in cos biss.accaunting dip under utm skudai johor...wahh jauhkan tapi tidak la sejauh
mane pun dalam Malaysia jugak kan heheh.....

aq ni sikapnya ada jugak gila-gila
tp time serius aq serius la....time enjoy aq enjoy la heheh...
....doakan aq ea dalam setiap apa yg aq lalui okeys geng...

Followers

Wednesday, January 12, 2011

TELL ME SOMETHING Music Video

read more...

Monday, October 25, 2010

LUahaN HAty seORang keKAsih YAng beRGelaR SuaMi






Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.

Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)


read more...

Saturday, October 23, 2010

kiSAh ParA SahaBAT...

Kisah Zinnirah:

Zinnirah menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah

Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome, Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya.

Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.

Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan. Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.

"Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?" Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. "Inilah caranya supaya kamu insaf," katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ. Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah...

Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta (ada juga sumber menceritakan dicucuk dengan besi panas). "Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam...
~ indahnya iSLAM  inI..Terpeguh aq mEMbaca~
read more...

Sunday, October 17, 2010

~ Tentang aku dAn kELUarGA KU ~

salam semuanya btemu kita kembali dipagi ini heheh
hari ni aq nk kongsi pasal diri aq n family pulak heheh bila lagi kan korang nk tgk my big family..
ni adalah keluarga yg hapy beb heheh semua otak gila2 hahahah

opts ni dia my family tcinte heheh yg pakai bju oren tu semua dah kawin la kcuali budak2 yg kt depan kiki
tgk..muka aq like my father u know hahah..jgn jelus sememangnya rapat...
okes...nie kak long n sbelahnya tu semestinya la husband dia kan huhu jelus pulak ...
ni anak2 buah aq yg agak2 nakal + tok duk diem hahah
aq suka maen yg dgn yg bongsu tu hahah so cute...
kisah percintaan mereka amat menarik n best kami adek bradik dgr so sweet beb bercinta sebelum kawin
alhamdulillah mereka bahagia..(ustazah + ustaz)
universiti al-azhar mesir mereka bertemu
dari mata turun ke haty hahah biasalakan mula2 aq dgr pun xpcaya tp kenyataan hanya ALLAH SWT yg mengetahui kisah mereka..
~love story~

Yg kali nie pulak abg long aq kiranya ea la paling lelaki paling tua tu kami pggl abg long heheh
sbelah dia tu bkn gf tp bini die okey..cun kan..
nie pic raya tahun 2010 eaetu tahun ini lah kan hahahaah
skrg mereka dh kurniakan seorg chya mata bwu jer dilahirkan mggu lepas huhu yg paling sedih aq x dapt balik tgk ank buah bru huhuhu biasala belajar kan tp apa2 pun taniah diucapkan oleh abg long 
opts nama bby aq xtau soryy hahah apa punya mak sdra la kan 


Anduk bha cantek2 nya bidadari dari kayangan nie dgn putra2nya hahahah jgn jelus beb
yg di ats tu yg belum kawin lagi termasuk aq la. opts... tlupa pulak aq nk bgtau sebenarnya 8 0rg tp ada 7 sb ada sorg adek ku yg gurl enth kemana paham2 la time beraya kan hahaha..
yg paling tua disini kakak ku yg bercermin mata tu n dot dot dot....
~selebihnya rahsia kami~ 

 nie aq n new baby..ni bby kak ngah heheh bru jer lahir sblum puasa tahun ni heheh bby ni punya la 
berat 3.7kilo beb..time ni aq yg jaga sb time cuti semester hahahah so cute..



kesian anak sdara aq nie time tido pun aq ganggu...opts sbenarnya bkn tido pun ea asyik nangis jer penat beb sakit pingg aq ni jaga huhu kalau la ada ank sendiri xtau la mcm mane kan ( brangan sekejap)
pic kak ngah aq n suaminya ada tp yg 1 family tu xsempat nk ambik coz ank2 dia punya pasal la nk braya huhuhu sedihkan tp xpe kn foto atas skali tu dh ada so korang tgk sendiri la ea 


nie pic ank kak long heheh comel kan...montel mcm aq jugak hahaah biasalah ikut mak uda dia..
hohoho harap maafla sb pic kakak ku no3 xde sb dia braye kt pahang dgn husband die heheh..
jgn jelus ea my sis n sowie coz teda pic mu disini..

okEy nOW my sTOry
 

okey Nie temANKu naMA dia rAHSIa......still stdy like me diP.BIss.accounting
dIa niE Lawak la skiT TapI DgN org Yg diA KenaL Jer la..
yG SlebihNYA tanyA LA dIA kikiki.. 



jeNG-jENG..Nie die aweK COmel hahah xdelah aq gurau jak ..tpi cutEkan so sweet..
my NamE KAyangaN KIkikie
nie AQ PosinG Kt iStana APA entAH aq LUpa nk CAtat jgn marAH.. 




 Okea nie pulak my sis nama ea artdzul heheh sory kalau salah eja ea 
dia kakak angkat aq, aq selit disini sb ea dah jadi sebahagian dari family aq..
dia dak akaun gak still stdy upm..( moga2 kak dpt sambg master next year k )
pKenalan kaMI rahSia 
paper2 pun otak kami gila2...persamaan suka berjalan2 n go to KFC...

read more...

Saturday, October 16, 2010

khas untuk para suami dan bakal2 suami di luar sana... ^^

Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadihanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah.TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?
Dia menghela nafas panjang...
Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menujuke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan.Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasaputerinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini,anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik puterabujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannyadia kembali kepada suaminya.
Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya.Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun,kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbirkesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujahapabila dia berdepan dengan Aliyah.
" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yangditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi,selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidakseperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dananak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalangbenar-benar menjerat hatinya.
" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nakberjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suaraisterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyahterlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanitayang jauh lebih muda.
"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakahbuah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju.Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yangbukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalubersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang duniameletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zamandulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.
Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-garamenyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatanseumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidaksempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.
"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qisyang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujukQis.
"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin. "Percayalah Qis,Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham," Qistina mengalih pandangannya.
Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkandengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, iniQistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecilQistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggujugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidakberjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui kemana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantarQistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik.Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersamadengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid.Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secarabertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yangdulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya,apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah.Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidaksehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersamaAbang."
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
---------------------------------------------------------------
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasamengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesitemuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abangmembawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyahyang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikutperedaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abangdiheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiripun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagiAbang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatahlagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi,masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abangmuntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kitasemuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pulaanak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu padazuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untukmengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman.Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyahsayangkan Abang...
Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkapsatu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaianselama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebihbaik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinanberpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiketpenerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putramengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilahkepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak.Menunggu Abang... Aliyah sayangkan Abg...
Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untukdijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding denganAliyah... Aliyah sayangkan Abg.
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untukAbangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapankegemaran Abang, roti canai dari air tgn aliyah
read more...

Friday, October 15, 2010

khas untuk mu sayang...


Bimbingan untuk remaja yang seusia sy….


Sukarnya lupakan bekas kekasih

SAYA remaja 21 tahun dan pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam.
Saya baru putus cinta beberapa bulan lalu selepas mengharunginya selama empat tahun. Masalahnya, saya sukar melupakan bekas kekasih kerana kami putus atas kehendaknya tanpa sebarang alasan.

Fikiran saya bercelaru memikirkan hal ini namun setakat ini pelajaran tidak terjejas teruk. Hanya Tuhan saja tahu betapa hancurnya hati saya apabila kata putus hanya dibuat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Apabila cuba mendapatkan penjelasan kekasih, saya dimaki hamun hingga tidak percaya kekasih berubah sikap.

Bekas kekasih saya tidaklah seteruk mana dan sepanjang kami bersama dia amat baik. Dia sentiasa ada ketika susah atau senang sebab itu sukar saya melupakannya. Masalah utama saya bagaimana mahu melupakannya kerana jarak rumah kami dekat. Saya cuba namun kenangan bersama sering menghantui ketika berseorangan.

Kesan perpisahan ini, saya tidak mempercayai dan sering menganggap lelaki semuanya sama. Saya rasa kosong apabila melihat lelaki dan rasa macam tidak diperlukan sesiapa melainkan keluarga. Saya kini lebih membenci pasangan kekasih walaupun mereka tidak buat salah.

Saya ingin melupakannya secepat mungkin supaya dapat memberi tumpuan pada masa depan. Tolonglah saya.
Terlalu kecewa
Pulau Pinang
MEMANG cinta itu buta kerana tidak memilih siapa untuk dilukai. Rasa luka adik dikecewakan cinta memang amat menyakitkan.

Dr memahami perasaan itu. Jangan menyeksa diri dengan cuba menafikan perasaan yang wujud. Bagaimana boleh terus melupakan apa yang pernah menjadi sebahagian daripada diri adik. Semakin cuba melupakan bekas kekasih, semakin sukar membuangnya dalam ingatan. Memaksa diri melupakan bekas kekasih secepat mungkin boleh memberi kesan kepada diri adik. Biarlah masa yang mengubah serta menghilangkan sedikit demi sedikit kenangan manis dan indah bersama bekas kekasih.

Manusia normal pasti berubah apabila sesuatu peristiwa berlaku. Perubahan menjadi seorang yang benci kepada pasangan bercinta adalah kesan putusnya cinta. Adik juga tidak mempercayai dan menganggap lelaki semua sama.

Perasaan yang adik alami sekarang adalah biasa bagi pasangan yang putus cinta.

Dr memahami rasa tidak percaya adik kepada semua lelaki. Membuat generalisasi semua lelaki adalah seperti bekas kekasih pasti menutup rasional berfikir.
Cuba adik ambil contoh lelaki yang setia pada cinta. Lihat contoh lelaki yang hampir dengan adik seperti keluarga atau saudara mara.

Apa yang boleh adik lakukan sekarang ialah merasai kesedihan dan mengakui perubahan yang berlaku. Selepas puas mengalami perasaan ini, masa pasti membawa bersama kepedihan rasa. Kekecewaan sedikit demi sedikit pasti pergi jua. Ketika proses ini berlaku, pelbagai gelodak emosi tentunya dialami terutama sekali perasaan kelukaan kerana dikecewakan. Perasaan marah, benci, rindu dan sayang akan silih berganti.

Bagi mengurangkan ingatan terhadap bekas kekasih, adik boleh melakukan aktiviti yang mengisi minda dan tenaga.

Sebagai pelajar, isikan masa dengan aktiviti berfaedah. Jadikan kata-kata Hamka sebagai motivasi adik tidak terus tenggelam dalam lautan kekecewaan. Mengikut beliau ‘cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.’ Selamat berjaya!

read more...

ingatan untuk sang kekasih dan pasangannya....( termasuk nur mastura )




Saya suka tengok jari awek saya... Cantik betul... Sungguh! Sampai takut nak pegang... Bukan takut patah... Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...   

Saya suka tengok rambut awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan tudung... Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak.... Tapi takut nanti terbakar dek api neraka Di suatu hari yang giler forever   

Saya suka tengok body awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan dia telekong Supaya mase dia jumpa dengan Kekasih dia Yang Utama Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya. Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...   

Saya sedih tengok awek saya Tak tido, tak makan rindu kat saya... Saya pun macam tu jugak, Ada problem yang sama.. Dia tanya apa ubatnya? Saya pun bagi dia Quran untuk penenang jiwa... Semoga lebih cintakan Nya dari saya...   

Saya sedih tengok awek saya Selalu pesan macam-macam kat saya... "Makan, minum, drive elok-elok tau.. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla" katanya... Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu Die tak kata satu apa pun... Berdosanye saya....   

Kesimpulannya saya memang sayang dia... Nak jumpa dia giler forever... Yang forever punye forever... Di dunia dan akhirat terutamanya, Janji nak share heaven sama-sama... Bahagia selamanya...   Semoga kami saling mengingati, Dosa sendiri pun infiniti... Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni... Semoga kami menginsafi diri... Ya Allah ampunkanlah kami.... Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...    


P/S - andai anda seorang wanita muslimah... Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu... Then kalu anda seorang muslim... Apa kata tanamkan dalam hati camtu... Cinta tu anugerah Allah... Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye... Semoga saya pun ambik iktibar jgak... Wassalam 
read more...

Thursday, October 14, 2010

kisah antara aku dan dia ^.^


asslamualaikum sayang
disini inginku selit sedikit tentang kita..
tentang kita yang penuh dgn onak2 duri dan rintangan..
dulu ku penah melafaskan luahan aty didalm sekeping kad raya
dimana disitu aq amat kecwa dgn dirimu
aq ibarat seorang manusia yang tidak putus2 menyanyangi mu
satu hari aq mendapati kau xcident..lemah longlai badanku mendengar khabar etu
aq menangis krna sedih
kawan ku memujuk ku untuk bersabar
aq pasrah
esokkan hari aq pergi kerumah mu dgn niat mahu melihat keadaan mu
sayu hatyku melihat tgn mu patah
setiap hari aq doa agar dikau sembuh sediakala
pada 1 hari kau meluah padaku....
bila ku mendengar aq amat-amat sedih...hancur hatyku bila selama ini....
entah mengapa slepas hari etu haty aku cuba mjarakkan dgnmu
aq minta maaf sb aq xberdaya lagi
seminggu n hari2 seterusnya aq sllu mgamuk dgn mu
slalu mpersalahkan mu
walhal benda etu sekecil zarah
aq mula tidak mempercayaimu....sampai satu masa engkau menangis bila menelefon ku
aq tkejut...disitu jugak aq menangis...
engkau minta maaf trus minta maaf..tpi aq sekadar mendegar dgn menitis air mata
akhir kata kau memohon peluang dari ku..
aq sekadar memberitahu ( syg..sy slalu bg peluang padamu tp awk jer tidk nampak)
dia mengeluh dan mgatakan dia tidak mampu lg...kerana ea tidak tahu erti cinta sbenarnya
mula hari etu eaa slalu minta pendapt dari ku tp atyku susah tuk trimanya..
aq tahu setiap laki memg tidak pandai memujuk perempuan tp mreka perlu usaha apa yang mereka inginkan
mereka mesti pujuk...
memang cara ini susah bg mereka.....apa nk buatkan terpaksa lah heehe
sampai disini dulu coretan hatiku..jumpa lagi esok..
 


read more...

Friday, October 8, 2010

melincinkan kulit muka....^..^

Khusus buat anda yang menitikberatkan aspek kecantikan wajah, ada satu petua untuk menghaluskan serta melicinkan kulit muka. Caranya pun taklah sesukar mana. Kos untuk mengamalkan petua ni pun agak rendah. Ini kerana bahan-bahan yang diperlukan hanyalah;

~ Segenggam daun bayam


gambar daun bayam
Gambar daun bayam - TheDailyGreen.com


~ Sebiji kuning telur

~ Sedikit madu

~ Sedikit air mawar


air mawar



Cara untuk menghaluskan kulit anda dengan menggunakan daun bayam ni adalah;


1. Ambil segenggam daun bayam tadi dan bersihkannya dahulu.

2. Tumbuk kesemua daun bayam tu sehingga lumat dan halus.

3. Selepas itu, campurkan kuning telur, madu dan air mawar bersama dengan daun bayam yang telah ditumbuk halus tadi.

4. Gaulkan kesemua bahan itu hingga rata. Ia bertujuan menjadikannya sebagai topeng muka (masker).

5. Seterusnya, sapukanlah masker tersebut ke muka anda. Biarkannya di muka anda hingga kering.

6. Akhir sekali, cucilah muka anda dengan air bersih.


Anda perlu membuat petua ini hanya sekali dalam seminggu. Jika anda rajin mengamalkannya, kulit muka anda pasti lebih halus dan licin kelak.
read more...

Saturday, October 2, 2010

keindahan yang pasti

sYg aKN ku pimPIn tANgan mu seUMur hidupkU, aKn kuSEmaiKAN kasih kiTA bDUa.. akAN ku cIPTa stU MEMory bERSamA MU syg... akN KU hiasi SetiAP KEnangAN Kita bErdua..akAN Ku gambARkan ea dISEGEnap miMPI KU... tidAk muDH tuk ku MElafaZKn cinTA kpd mu TP benarKAH isi ATY INi??? jUjur kah atY ini?? akAN ku serAHKN SegalANYA kepDA MU YA RABBI.. hanYa ENGKAU Yang mengerti APakah isi nya dAN APAkaN PEnghujunGNYA TenTANG SETIAP isI HATY hambaMU ... SEkiaN...
read more...
 
 

Diseñado por: Compartidísimo
Scrapping elementos: Deliciouscraps©