jam

jom chat

Belog frens

|n|O|t|E|s|

A|L|a|m M|a|y|a

A|L|a|m M|a|y|a

~ TenTAnG akU ~

nama diberi nur mastura bt mohd ghazali
umor 21 bwu muda lagi okey...aq anak ke7 drpd 14 kiranya anak tengahla kan heheh....

aq simple jer..bolehh larr org kata, open n trima apa2 jer teguran jika korang mau tegur la hahah kalu xnk pun aq x kisah..aq ni bwu jer umo 21..still blajar in cos biss.accaunting dip under utm skudai johor...wahh jauhkan tapi tidak la sejauh
mane pun dalam Malaysia jugak kan heheh.....

aq ni sikapnya ada jugak gila-gila
tp time serius aq serius la....time enjoy aq enjoy la heheh...
....doakan aq ea dalam setiap apa yg aq lalui okeys geng...

Followers

Friday, October 15, 2010

khas untuk mu sayang...


Bimbingan untuk remaja yang seusia sy….


Sukarnya lupakan bekas kekasih

SAYA remaja 21 tahun dan pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam.
Saya baru putus cinta beberapa bulan lalu selepas mengharunginya selama empat tahun. Masalahnya, saya sukar melupakan bekas kekasih kerana kami putus atas kehendaknya tanpa sebarang alasan.

Fikiran saya bercelaru memikirkan hal ini namun setakat ini pelajaran tidak terjejas teruk. Hanya Tuhan saja tahu betapa hancurnya hati saya apabila kata putus hanya dibuat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Apabila cuba mendapatkan penjelasan kekasih, saya dimaki hamun hingga tidak percaya kekasih berubah sikap.

Bekas kekasih saya tidaklah seteruk mana dan sepanjang kami bersama dia amat baik. Dia sentiasa ada ketika susah atau senang sebab itu sukar saya melupakannya. Masalah utama saya bagaimana mahu melupakannya kerana jarak rumah kami dekat. Saya cuba namun kenangan bersama sering menghantui ketika berseorangan.

Kesan perpisahan ini, saya tidak mempercayai dan sering menganggap lelaki semuanya sama. Saya rasa kosong apabila melihat lelaki dan rasa macam tidak diperlukan sesiapa melainkan keluarga. Saya kini lebih membenci pasangan kekasih walaupun mereka tidak buat salah.

Saya ingin melupakannya secepat mungkin supaya dapat memberi tumpuan pada masa depan. Tolonglah saya.
Terlalu kecewa
Pulau Pinang
MEMANG cinta itu buta kerana tidak memilih siapa untuk dilukai. Rasa luka adik dikecewakan cinta memang amat menyakitkan.

Dr memahami perasaan itu. Jangan menyeksa diri dengan cuba menafikan perasaan yang wujud. Bagaimana boleh terus melupakan apa yang pernah menjadi sebahagian daripada diri adik. Semakin cuba melupakan bekas kekasih, semakin sukar membuangnya dalam ingatan. Memaksa diri melupakan bekas kekasih secepat mungkin boleh memberi kesan kepada diri adik. Biarlah masa yang mengubah serta menghilangkan sedikit demi sedikit kenangan manis dan indah bersama bekas kekasih.

Manusia normal pasti berubah apabila sesuatu peristiwa berlaku. Perubahan menjadi seorang yang benci kepada pasangan bercinta adalah kesan putusnya cinta. Adik juga tidak mempercayai dan menganggap lelaki semua sama.

Perasaan yang adik alami sekarang adalah biasa bagi pasangan yang putus cinta.

Dr memahami rasa tidak percaya adik kepada semua lelaki. Membuat generalisasi semua lelaki adalah seperti bekas kekasih pasti menutup rasional berfikir.
Cuba adik ambil contoh lelaki yang setia pada cinta. Lihat contoh lelaki yang hampir dengan adik seperti keluarga atau saudara mara.

Apa yang boleh adik lakukan sekarang ialah merasai kesedihan dan mengakui perubahan yang berlaku. Selepas puas mengalami perasaan ini, masa pasti membawa bersama kepedihan rasa. Kekecewaan sedikit demi sedikit pasti pergi jua. Ketika proses ini berlaku, pelbagai gelodak emosi tentunya dialami terutama sekali perasaan kelukaan kerana dikecewakan. Perasaan marah, benci, rindu dan sayang akan silih berganti.

Bagi mengurangkan ingatan terhadap bekas kekasih, adik boleh melakukan aktiviti yang mengisi minda dan tenaga.

Sebagai pelajar, isikan masa dengan aktiviti berfaedah. Jadikan kata-kata Hamka sebagai motivasi adik tidak terus tenggelam dalam lautan kekecewaan. Mengikut beliau ‘cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.’ Selamat berjaya!

2 comments:

artdz said...

terima kasih atas entry ini... hohoho

B.i.M.B.i.E said...

welcome syg

Post a Comment

 
 

Diseñado por: Compartidísimo
Scrapping elementos: Deliciouscraps©