jam

jom chat

Belog frens

|n|O|t|E|s|

A|L|a|m M|a|y|a

A|L|a|m M|a|y|a

~ TenTAnG akU ~

nama diberi nur mastura bt mohd ghazali
umor 21 bwu muda lagi okey...aq anak ke7 drpd 14 kiranya anak tengahla kan heheh....

aq simple jer..bolehh larr org kata, open n trima apa2 jer teguran jika korang mau tegur la hahah kalu xnk pun aq x kisah..aq ni bwu jer umo 21..still blajar in cos biss.accaunting dip under utm skudai johor...wahh jauhkan tapi tidak la sejauh
mane pun dalam Malaysia jugak kan heheh.....

aq ni sikapnya ada jugak gila-gila
tp time serius aq serius la....time enjoy aq enjoy la heheh...
....doakan aq ea dalam setiap apa yg aq lalui okeys geng...

Followers

Saturday, October 23, 2010

kiSAh ParA SahaBAT...

Kisah Zinnirah:

Zinnirah menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah

Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome, Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya.

Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.

Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan. Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.

"Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?" Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. "Inilah caranya supaya kamu insaf," katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ. Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah...

Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta (ada juga sumber menceritakan dicucuk dengan besi panas). "Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam...
~ indahnya iSLAM  inI..Terpeguh aq mEMbaca~

4 comments:

artdz said...

teharunya baca ni.. huhu
sekarang ada org suh solat dgn aman pun tanak.. hmm... terima kasih mas atas cerita ini..

B.i.M.B.i.E said...

biasala manusia kan kadang lupa n alpa dgn kehidupan harian huhuuhu

artdz said...

hmmmm... tulah.. alangkah seronok bila ada orang yang sentiasa ingatkan kita kan mas. yela.. kadang2 sendiri tak terlawan dgn hasutan dan bisikan syaitan dan kalah dengan nafsu duniawi.. hoho

B.i.M.B.i.E said...

yup betui lah..kadang2 kita xlari dgn bt kesalahn event mas skli pun kdg2 tgoda dgn hasutn syaitan...org kata xguna sesal kemudian hari..sama2 la minta pintu haty kita tbuka tuk skalian umat

Post a Comment

 
 

Diseñado por: Compartidísimo
Scrapping elementos: Deliciouscraps©